CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »
Showing posts with label personals. Show all posts
Showing posts with label personals. Show all posts

Friday, October 30, 2009

sebelum oktober melabuhkan tirainya~

kan itu hari ade cakap sy suka bulan oktober kan
tp bulan oktober tnggal satu hari je lagi
ish2...sedey sket...
sbb tahun depan pnya oktober umor sy akan bertambah setahun lagi
maksudnye
makin hampir saya dgn kematian..
mati itu pasti ye kawan2 (tazkirah mode sekjap)

anyway
tahun ni tetap special juga
dgn kadar yg tersendiri
smbutan birthday disambut dgn sederhana

smbutan pertama
surprised advance birthday party
ini sgt lawak
sbb mmg btul2 x sangka
mula2 sy sibuk2 menyambut bday kak pah secara surprised
skali sy yg terkena
huhu
excited nyanyi2 lagu bday lg skali
rupa2nya utk diri sndiri
hehe
anyway thanx kawan2




:: "birthday i ke?? " ::

:: kezutan okay ::

:: 1 week to 23 years old ::

:: make a wish and blow d candles ::

:: antara mereka2 yg terlibat ::

2nd birthday celebration
kali ni menyambutnye bersama2 abg ched
huhu
smpena kami yg menyambut birthday hari yg sama
abg ched telah membelanja saya berkaraoke d kotak merah
time kaseh pd adan n wani yg sudi memeriahkan suasana
tq adan for d cake



:: saya yg berumur 23 tahun ::
:: dgn abg ched..hehe ::
:: happy ::
3rd celebration dgn family ku
da x larat makan kek
tp kali ni celeb8 2 days later
sempena bday fada aka adik ku
small n sweet celebration at balee@13


:: i am 23 and 2 days old ::
:: cinta hati saya ::
:: lama gle nak lunaskan hutang bday mkck sorg ni ::
:: japanese cherry blossom - body shop ::


:: aqua lily - body shop ::
:: frame - study group ::
:: purse - guess ::
:: 23 years and 13 day years old ::

so apa yg telah sy achieve stakat berusia 23 tahun ini??

:: :: saya sekarang final year medical student yg sedang struggle utk menempuhi profesional exam x lama lagi. mudah2an saya akan lulus dgn cemerlang

:: :: saya masih single, belum dirisik, belum bertunang, tgh cari simpang mana nak masuk....pusing2 roundabout...tapi masih cari2 juga mana tau ade simpang lain..hehe

:: :: saya masih belum betul2 belajar memasak...saya akan belajar sebelum usia sy bertambah tahun depan

:: :: saya masih belum kurus2 lagi..cubaan mengurus dulu hanya berjaya sekejap sahaja...harus kembali berusaha sbb baju2 sy sudah tak muat dan saya mencari baju2 lama kembali...xde mood nak shopping baju baru

:: :: saya perlu mempertingkatkan ilmu agama dan hubungan saya dgn Maha Pencipta saya...banyak ketinggalan...ade sesiapa bole bantu?

:: :: saya perlu kurangkan bercakap kuat, ketawa kuat, sila jaga adab sopan..ramai yg memerhati diluar sana...people will judge even they say they dont~

:: :: saya mau menjadi seorang yg happy, dalam masa yg sama empathy dan disayangi~

ps: mau ambik kesempatan ucapkana jutaan terima kasih utk smua birthday wish baik dr cara phone call, sms, fb, friendster, face-2-face, hadiah2...anda smua mmg best...syg sgt. muah2

Monday, June 9, 2008

of making it private - extended version~

MUQADDIMAH
Terkadang bila melayari weblog-weblog rakan, menjelajah ke dalam dunia maya bagi manusia yang memayakan diri mereka, saya merasa hairan melihat sesetengah weblog muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat, tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing. Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda, ya muslimah sekalian, namun, sayangnya, anda terlupa bahawa gambar yang anda posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!

MUSLIMAH & GAMBAR : ADA APA DENGANNYA?Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu. Sahabat kamu. Yang enggan melihat wajah-wajah anda itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum?Muslimahku,Dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari. Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur “Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.” Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup.Muslimahku,Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati.Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda….Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet!Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin juga ia fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, hati-hatilah!PENYELESAIANNYA….Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya. Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah?Kerana weblog-weblog dan web foto itu milik anda, seharusnyalah anda kecilkan wajah-wajah anda dengan mengecilkan saiz gambar itu. Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar pada rakan muslimah anda itu.Ingat, wajah anda, anugerah Allah. Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja.Wallahu A’lam..

Dipetik daripada :http://www.iluvislam.com/


atceli, da pernah baca artikel ni lama dulu dah...tp br2 ni dihangatkan balik dlm bulletin board fs...oleh a few sahabat kan...
sebagai seorg islam...saya terpanggil le jua nak ambil tndakan kan...
kalu sape yg prasan...fs saya da dibuang most of da pics...
sbnarnye sy mmg suka sgt mengambil gmbr n share ngn kawan2 sy...after all itu tujuan fs kan?
memule nak wat bodo je kan...tp cm x sedap ati...
atceli, kalu nak tau...one of d reason sy memprivate kan blog ni pun sbb artikel tu la kan...
sbb sy mmg suka share gmbr2 ngn kawan2...
so u ols my selected readers...sy harap...dpt la jaga maruah saya...
kalu ade gmbr2 yg merepek sy letakkan dlm ni..hanya sekadar suka2 saje...
n if any of u rasa i cross d line...do let me noe k...
sy tau saya x sempurna...dan sy tak mencari kesempurnaan...tp saya tau ade usaha tu insyaAllah....
and in fact i will b making my fs photo as private as well...tp maybe a bit later...


take home msg: saya budak baru belajar....kalu salah tolong tunjukkan~

Monday, May 12, 2008

of making it private

just had a conversation with a fren of mine...
suddenly, feel like making this blog a private-invited frens and readers only blog...
i`ve been thinking bout dis few times... bout too exposing my personal pics...
this is actually my intention of having dis blog..to share my pics to my frens...but wit da power of internet...sumhow or rather i suddenly feel insecured...i dunno who`s my silent readers(eventhough as if anyone wud bother to read my blog...but juz to b on a safe side)
i`m going to make dis blog a private blog in next few days...
so, if u r still interested to read up n share my stories...
leave me ur email address n intro about urself...
i shall invite u...am sorry for d inconvenience~